Now Reading
8,077 Pelajar Bakal Menduduki SPM Ulangan Bermula Esok, 21 September

8,077 Pelajar Bakal Menduduki SPM Ulangan Bermula Esok, 21 September

Lembaga Peperiksaan (LP) memaklumkan seramai 1,568 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2021 akan dilaksanakan bermula esok, 21 sehingga 23 September 2021.

Seramai 8,077 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan memaklumkan seramai 1,568 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.

LP turut mengingatkan semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Kredit: Verst

Bagi memudahkan calon, mereka boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

Calon juga diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Mereka juga perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah terkini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Team TRP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon yang bakal menduduki SPM Ulangan esok.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd