Now Reading
Gaji Faizal Azumu Sebanyak RM27,000 Sebagai Penasihat Khas Muhyiddin

Gaji Faizal Azumu Sebanyak RM27,000 Sebagai Penasihat Khas Muhyiddin

Ahli Parlimen Tambun itu mengetuai komunikasi komuniti dan menghasilkan kerjasama erat antara kerajaan dan pemimpin komuniti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bekas Menteri Besar Ipoh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mampu menjana gaji bulanan sebanyak RM27,000 dalam khidmat beliau sebagai Penasihat Khas bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu jawapan kepada Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyatakan bahawa Naib Presiden Bersatu itu akan menerima kira-kira RM27,227.20 secara pro-rata berserta pampasan gaji satu bulan untuk perkhidmatannya selama 11 hari.

Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan tempoh perkhidmatan beliau adalah singkat (tidak cukup sebulan), gaji sebulan beliau yang berjumlah RM27,227.20 dibayar secara pro-rata, dan juga gantian notis penamatan perkhidmatan sebanyak satu bulan gaji. Jawatan ini tidak melibatkan bayaran pencen.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Respon tersebut diberikan setelah Ahli Parlimen Kepong itu meminta Ismail Sabri menyatakan gaji yang diterima Faizal Azumu serta sama ada beliau layak menerima pencen.

Turut dinyatakan dalam respon tersebut bahawa jawatan beliau tidak layak menerima pencen. Namun, laporan menyatakan bahawa taraf gaji beliau setaraf dengan Menteri Persekutuan.

Ismail Sabri juga menyatakan bahawa pelantikan Faizal adalah sebagai penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal komunikasi komuniti.

Beliau juga meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan menerusi saluran komunikasi yang berkesan dan meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd