Now Reading
Pelajar Universiti Lengkap Vaksinasi Akan Kembali Ke Kampus Bermula 15 Oktober

Pelajar Universiti Lengkap Vaksinasi Akan Kembali Ke Kampus Bermula 15 Oktober

Kaedah pembelajaran dan pengajaran secara hibrid masih akan dilakukan. Tidak semestinya 100% bersemuka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita baik buat pelajar yang masih menuntut di universiti, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan kesemua warga IPT yang sudah lengkap vaksin akan kembali ke kampus mulai 15 Oktober 2021 ini.

Menurut laporan Harian Metro, ianya membabitkan semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira input sesi libat urus bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengurusan IPT merangkumi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, wakil persatuan IPT swasta (IPTS), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta wakil kesatuan pelajar. Proses kemasukan pelajar akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Walau bagaimanapun, penuntut yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan diminta menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan.

Selain penuntut, staf akademik dan bukan akademik yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan masuk ke kampus – tertakluk kepada kapasiti IPT.

Sekiranya kursus dijalankan secara online, kaedah pembelajaran dan pengajaran secara online boleh diteruskan.

Kaedah pembelajaran dan pengajaran secara hibrid masih akan dilakukan. Tidak semestinya 100% bersemuka.

Jika kursus dijalankan secara online, ianya boleh diteruskan secara online. Terpulang kepada IPT mengikut lokaliti masing-masing untuk tentukan.

Di bawah merupakan kaedah kemasukan pelajar ke kampus:

Surat kebenaran kembali ke kampus perlu ada dan disediakan oleh pihak IPT masing-masing.

Bagi pelajar IPT yang akan masuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan, perlu mengikuti SOP dari kerajaan negeri seperti menyediakan surat kebenaran polis untuk merentas daerah atau negeri.

Welcome back to school, guys!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd