Now Reading
Kurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai – PM Ismail Sabri

Kurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai – PM Ismail Sabri

Ismail Sabri menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk membuka semula 11 sektor ekonomi dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh KKM serta SOP yang ketat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa langkah kerajaan untuk terus mengurung rakyat tidak lagi sesuai dalam usaha negara untuk bebas daripada pandemik Covid-19.

Beliau menjelaskan langkah itu dikhuatiri boleh mendatangkan banyak implikasi kepada rakyat dan bagi tujuan yang sama, kerajaan kini melihat keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

Ahmad Zamzahuri/Malay Mail

Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri. Hari pertama apabila ada tempat percutian dibuka, ada yang masih tidak pakai pelitup muka pun. Masa depan negara kita untuk bebas daripada Covid-19 bergantung pada kita sendiri. Kita tidak boleh harapkan orang lain, kawalan kendiri sangat penting, kalau tidak usaha kita selama ini akan jadi sia-sia sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk rekod, data pemberian terkini vaksin menunjukkan seramai 74.7% rakyat dewasa di negara ini sudah menerima dua dos vaksin.

Manakala satu dos penerima adalah seramai 91.6%.

Keputusan dibuat atas dasar penilaian risiko oleh KKM

Menjawab soalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen lain, Ismail Sabri menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk membuka semula 11 sektor ekonomi dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh KKM serta SOP yang ketat di setiap premis perniagaan.

Kita bersandarkan kepada 11 aktiviti yang dibenarkan dan kita berdasarkan sains dan data, menunjukkan dari segi kluster yang diwujudkan dari 11 sektor ekonomi ini, ramai mengatakan gunting rambut bahaya.. ramai kontak rapat, tapi sepanjang 2020 hanya satu melibatkan kluster gunting rambut. Begitu juga salon, tidak ada kes (kluster) salon. Kedai cuci kereta juga, kononnya ramai pekerja Bangladesh tentu jangkitan lebih mudah, tapi sepanjang 2020, tidak ada kes membabitkan kedai cuci kereta.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd