Now Reading
Sekatan Jalan Raya (SJR) Sekitar Lembah Klang Ditamatkan

Sekatan Jalan Raya (SJR) Sekitar Lembah Klang Ditamatkan

Walau bagaimanapun, lokasi sekatan jalan raya yang dikekalkan adalah di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram ditutup mulai tengah malam tadi susulan peralihan kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang diumumkan kerajaan.

BACA SINI: Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 Bermula 10 September. Rentas Daerah Dibenarkan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menjelaskan empat lagi sekatan jalan raya di Petaling Jaya akan dikekalkan.

Lokasi tersebut adalah:

  • Plaza Tol Sungai Buloh
  • Plaza Tol Kota Damansara
  • Plaza Tol Damansara
  • Plaza Tol Subang

Orang ramai dinasihatkan supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) di sepanjang tempoh pelaksanaan Fasa 2 PPN di daerah Petaling Jaya khususnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one + 11 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd