Now Reading
Isu Tiada Sijil Digital Vaksin Covid-19, Team MySejahtera Diberi Seminggu Untuk Selesaikan

Isu Tiada Sijil Digital Vaksin Covid-19, Team MySejahtera Diberi Seminggu Untuk Selesaikan

KKM berkata sementara isu tersebut diselesaikan, golongan berkenaan dibenarkan menggunakan kad fizikal dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat sementara waktu, sebagai bukti penerimaan vaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa terdapat segelintir rakyat Malaysia yang telah diberi vaksin lengkap iaitu dua dos, masih belum menerima paparan sijil digital di aplikasi MySejahtera.

Perkara ini tidak dinafikan telah menimbulkan kekecohan oleh kerana banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan oleh individu yang tidak memiliki sijil.

Sebagai contoh; dine-in, bersukan, merentas daerah, dan lain-lain.

Oleh kerana itu, pasukan aplikasi MySejahtera diberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan kes penerima tidak mempunyai sijil digital – biarpun telah lengkap dos vaksin.

Kredit: Ahmad Zamzahuri melalui Malay Mail

Menurut Astro Awani, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sementara isu tersebut diselesaikan, golongan berkenaan dibenarkan menggunakan kad fizikal dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat sementara waktu, sebagai bukti penerimaan vaksin.

Selain itu, buat penerima vaksin di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax) yang lengkap dua dos juga dibenarkan menggunakan aplikasi Selangkah sebagai bukti.

Semua masalah berkaitan MySJ, saya telah arahkan pasukan MySJ untuk selesaikan dengan segera, termasuk tak ada sijil digital, dan yang menjadi kebimbangan ramai, lengkap dos tapi tak dapat sijil. Saya beri mereka tempoh masa seminggu untuk selesaikan supaya dapat diberikan sijil digital.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd