Now Reading
Brek Bermasalah Punca Lori Hilang Kawalan & Rempuh 7 Buah Kenderaan Lain Di Sg Buloh

Brek Bermasalah Punca Lori Hilang Kawalan & Rempuh 7 Buah Kenderaan Lain Di Sg Buloh

Pihak polis menjelaskan bahawa ujian air kencing akan dilakukan untuk menentukan jika pemandu lori yang berusia 35 tahun itu memandu di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (9 September), telah berlaku kemalangan kedua yang melibatkan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Jika sebelum ini iaitu pada 6 September, satu kemalangan ngeri telah dilapor yang melibatkan enam buah kenderaan di lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kelima-lima kenderaan terlibat adalah Myvi berwarna kuning, Proton X70, Honda HRV, Peugot 208 FL dan Myvi berwarna putih.

BACA SINI: Kemalangan Di Jalan Ipoh: Polis Sahkan Pemandu Lori Positif Dadah

Kemalangan kedua, minggu yang sama

Kira-kira jam 6.20 petang semalam, sebuah lori dikatakan telah hilang kawalan dan merempuh tujuh kenderaan lain yang berhenti menunggu lampu isyarat merah di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh.

Kejadian tersebut berlaku setelah lori tersebut mengalami masalah brek.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, kemalangan berlaku disebabkan sebuah lori mengalami masalah brek lalu hilang kawalan dan melanggar Honda Jazz, Perodua Myvi, lori, van, pacuan empat roda, perodua Axia dan Toyota Hiace.

Kredit: Info Roadblock/Facebook
Kredit: Info Roadblock/Facebook

Kesemua mangsa terbabit tidak mengalami kecederaan dan hanya menyebabkan kerosakan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar melalui Harian Metro.

Namun, siasatan di tempat kejadian mendapati jalan raya adalah sedikit selekoh menuruni bukit.

Menurut The Star, pihak polis menjelaskan bahawa ujian air kencing akan dilakukan untuk menentukan jika pemandu lori yang berusia 35 tahun itu memandu di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd