Now Reading
Ahli Perniagaan Belasah Pak Guard Didakwa Atas Kes Membunuh

Ahli Perniagaan Belasah Pak Guard Didakwa Atas Kes Membunuh

Mengikut pertuduhan pindaan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam di Tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff, Ipoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang ahli perniagaan yang sebelum ini didakwa telah menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Ipoh telah dihadapkan ke mahkamah sekali lagi di atas pertuduhan membunuh selepas mangsa meninggal dunia 27 Ogos lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ipoh bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas polis mengklasifikasikan semula kes terbabit daripada Seksyen 335 kanun sama.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Namun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dan mahkamah kemudian menetapkan 18 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam di Tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff, Ipoh.

PDRM klasifikasikan sebagai kes bunuh

PDRM Perak dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa siasatan konklusif dan komprehensif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Kesalahan Membunuh Orang) telah dijalankan sebaik sahaja kematian pengawal keselamatan tersebut dilaporkan.

Jabatan Peguam Negara telah bersetuju untuk meminda pertuduhan dan tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pindaan daripada Seksyen 335 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

PDRM turut menyeru supaya tiada mana-mana pihak yang membuat sebarang tanggapan negatif terhadap pihak polis yang masih sedang menjalankan siasatan sehingga kes ini diputuskan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd