Now Reading
Amuk & Tumbuk Cermin Masjid. Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah Sewa

Amuk & Tumbuk Cermin Masjid. Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah Sewa

Mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor (HSI) dan kes ini telah diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu kejadian ngeri telah berlaku pada Ahad (5 September) lalu di mana seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui meninggal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya pada malam sebelumnya.

Mangsa telah bertindak sebegitu apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

Mangsa juga menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu sehingga pecah dan menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah yang amat banyak.

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin tersebut sehingga pecah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak melalui Kosmo.

Tertekan tak dapat lawat keluarga

Berdasarkan siasatan awal, kakak mangsa memberitahu bahawa mangsa (adiknya) yang bekerja sebagai jurutera kimia sebuah syarikat sebenarnya dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarganya.

Mangsa difahamkan sudah kira-kira enam bulan tidak bertemu dengan keluarganya di Kuala Berang, Terengganu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca.

Mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kes ini telah diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

thirteen − twelve =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd