Singapura Sumbang 100,000 Dos Sinovac Kepada Johor
Johor ingin kesemua rakyat divaksinasi pada bulan Oktober.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Johor akan menerima 100,000 dos vaksin dari Kerajaan Singapura, menurut Ketua Menteri Johor Datuk Hasni Mohammad.
Jiran Malaysia di Selatan sebelum ini telah menyumbangkan sejumlah 20,000 dos vaksin kepada Johor pada 29 Julai 2021.
Dalam jangka masa pendek, Kerajaan Singapura akan menyumbangkan 100,640 dos vaksin Pfizer kepada kerajaan negeri Johor.
Ketua Menteri Johor Hasni Mohammad melalui CNA.
Memetik kenyataannya kepada CNA mengatakan bahawa kerajaan negara telah menerima 300,000 dos vaksin jenis SinoPharm dari United Arab Emirates.
Johor ingin keluar dari pandemik
Dalam dewan undangan negeri baru-baru ini, Hasni mengatakan bahawa vaksin adalah “komponen utama” dan strategi negeri Johor untuk keluar dari wabak tersebut.
Untuk menjadikannya satu kemungkinan, kerajaan negeri mensasarkan untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada 100% populasi orang dewasa menjelang 16 September – dan kedua-duanya menjelang minggu ketiga bulan Oktober.
Dari 1 Mac hingga 5 September dilaporkan bahawa Malaysia telah menerima lebih dari 4.7 juta dos vaksin dari program imunisasi nasional – 2.4 juta dos Pfizer, sekitar 1.8 juta dos Sinovac dan sekitar 410,000 dos AstraZeneca.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



