Now Reading
Kebenaran Rentas Negeri Perlu Diberikan – Pakar

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Diberikan – Pakar

Kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Segelintir rakyat Malaysia dilihat semakin ‘burn-out’ akibat kerja dan kehidupan seharian yang boleh dikatakan kian sibuk pada ketika ini.

Biasanya, bila Isnin hingga Jumaat dah letih dengan kerja, hujung minggu bolehlah mereka pulang ke kampung halaman untuk bertemu orang tua. Tapi sekarang ini, keadaan adalah berbeza.

Situasi pandemik Covid-19 yang sedang membimbangkan ini memaksa kerajaan untuk tidak memberikan terlampau banyak kelonggaran pada masa yang sama.

Sebab itulah sedikit demi sedikit kelonggaran diberikan berdasarkan situasi kes positif, dan juga peratusan rakyat yang telah divaksin.

Kredit: Sayuti Zainuddin melalui Malay Mail

Kelonggaran perlu diberikan

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan.

Menurut laporan yang dipetik oleh Harian Metro, kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap.

Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua bolehlah, tapi pastikan orang tua kita juga sudah divaksinasi. Ini kerana risiko untuk dia menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar melalui Harian Metro.
Kredit: Harian Metro

Namun begitu, dia mengulas lanjut aktiviti sosial seperti penganjuran majlis atau kenduri yang membabitkan orang ramai berkumpul perlu dielakkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan menjelaskan perbincangan berhubung kelonggaran SOP kini sedang giat dibuat bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Zainal berkata kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kelonggaran bagi aktiviti pelancongan tertentu dengan SOP yang ditetapkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd