Identiti Pemandu & Penumpang Myvi Hanyut Di Sabah Kini Dikenal Pasti
Kereta Myvi berkenaan ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi ianya dilaporkan hanyut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia telah digemparkan dengan satu video tular di mana sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilihat dengan beraninya meredah arus-deras ketika cuba menyeberangi jambatan dilimpihai air.
Kejadian telah berlaku di Jalan Kionsom Lama, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 September.
Terus hanyut macam tu ja kereta. Sumpah scary. Musim hujan dan banjir ni, tolonglah jangan redah kalau nampak aliran air tu deras. pic.twitter.com/SligeJLUtd
— Ku Menangisssss membayangkannnn (@IniAlannn) September 3, 2021
Memetik laporan Berita Harian, kenderaan Myvi tersebut hari ini telah ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersama orang awam pada 7.20 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kereta berkenaan ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi ianya dilaporkan hanyut.
Namun begitu, pasukan bomba masih dalam usaha menyelamatkan dua lelaki mangsa kejadian iaitu pemandu kereta bernama Simon Sanga Tupe, 68, dan seorang penumpang dikenali sebagai Juning, 30.
Anggota pasukan selam ada menemukan petanda mangsa berada di dalam kereta itu, bagaimanapun operasi masih dijalankan ketika ini dan pasukan sedang mendapatkan pengesahan.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.