Now Reading
Tempoh Pembaharuan Lesen Memandu & Motor Dilanjutkan Hingga 31 Disember – Menteri Pengangkutan

Tempoh Pembaharuan Lesen Memandu & Motor Dilanjutkan Hingga 31 Disember – Menteri Pengangkutan

Walau bagaimanapun, pemilik LKM tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan terbabit dilindungi insurans yang sah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Pengangkutan dalam satu sidang media hari ini (3 September) memaklumkan pihak mereka kini melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh.

Ianya akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mana-mana pemilik LKM dan LMM yang sudah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walau bagaimanapun, memetik laporan Berita Harian, pemilik LKM tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan terbabit dilindungi insurans yang sah dan memapar serta menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah bagi pemeriksaan.

Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh pembaharuan LKM dan LMM hingga 31 Disember 2021

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Boleh mula walk-in bermula 6 September

Wee juga mengatakan bahawa kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi dengan kapasiti 100% dan walk-in akan dibenarkan bermula 6 September.

Untuk melakukan apa-apa transaksi di kaunter JPJ, Menteri Pengangkutan mengatakan bahawa setiap individu perlu memastikan mereka telah menerima dua dos vaksin lengkap sebagai langkah berjaga-jaga.

Dia juga menambah bahawa pengunjung perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai status berisiko rendah dalam aplikasi MySejahtera.

Dengan kaunter kini telah dibuka, Wee mengatakan bahawa JPJ tidak akan meneruskan sistem janji temu dalam talian mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd