MAFE Rayu Kerajaan Buka Pawagan Bagi Mereka Yang Lengkap Vaksin Covid-19
Pengusaha panggung wayang menanggung kerugian lebih RM600 juta sejak operasi ditutup pada Mac 2020.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ingat tak bila kali terakhir anda ke pawagam? (TBH, kami tak ingat).
Jika sebelum ini, pengendali rangkaian pawagam boleh menarik nafas lega setelah kerajaan memberi lampu hijau untuk membuka semula premis masing-masing bermula 5 Mac 2021.
Namun, ianya kembali ditutup sehingga kini.
Susulan itu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) merayu supaya kerajaan membenarkan pawagam dibuka semula selepas aktiviti seperti makan di restoran, bersukan dan rekreasi dibenarkan kepada individu yang lengkap dua dos vaksin.
MAFE menuntut hak sama berikutan pengusaha panggung wayang makin tenat selepas lebih setahun operasi premis ditutup akibat pandemik.
Menurut laporan yang dipetik oleh Berita Harian, Setiausaha MAFE Sisubalan Ehambaram berkata pengusaha panggung wayang menanggung kerugian lebih RM600 juta sejak operasi ditutup pada Mac 2020.
Lebih banyak lagi panggung wayang berdepan risiko ditutup jika pembukaan pawagam masih disekat. Sehingga kini, lebih 25% panggung wayang di seluruh negara terpaksa ditutup akibat terlalu lama tidak beroperasi.
Setiausaha MAFE Sisubalan Ehambaram melalui Berita Harian.
Dia turut menjangka jumlah itu meningkat jika pawagam masih tidak dibenarkan dibuka semula.
Dia mengatakan kes ini berbeza dengan perniagaan makanan, minuman dan peruncitan. Ini kerana mereka masih boleh beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.
Pemamer atau pengusaha pawagam tiada sumber pendapatan
Ehambaram berkata bahawa penutupan pawagam turut menggugat kehidupan lebih 20,000 tenaga kerja dalam industri filem dan panggung wayang.
Pemamer atau pengusaha pawagam tiada sumber pendapatan lain atau menerima bantuan kewangan mahupun pembelaan daripada kerajaan.
Setiausaha MAFE Sisubalan Ehambaram melalui Berita Harian.
Dia menjelaskan selepas pembuangan pekerja, pemotongan gaji dan pengecilan operasi – pengunduran pawagam ketiga terbesar di Malaysia iaitu MBO Cinemas pada tahun lalu telah memberi petanda sektor ini tidak boleh terus ditutup.
“Walaupun mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) paling ketat dalam kalangan industri, pawagam sering menjadi antara perniagaan pertama yang diarahkan tutup dan terakhir dibuka semula biarpun tiada kes jangkitan Covid-19 dikesan,” katanya.
Kajian mendapati lebih 80% responden akui pawagam bantu kurangkan tekanan
Dalam perkembangan yang sama, Ehambaram turut memberitahu bahawa dalam soal selidik Cinema Online yang dijalankan baru-baru ini, lebih 80% responden mengaku pawagam membantu mereka mengurangkan tekanan dan keresahan.
Dia juga yakin bahawa menonton filem di pawagam dapat memulihkan kembali tahap kesihatan mental mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.