Now Reading
Golongan Terkesan Akibat Pandemik Akan Disediakan Kediaman Pada Kadar Sewa Minimum

Golongan Terkesan Akibat Pandemik Akan Disediakan Kediaman Pada Kadar Sewa Minimum

Reezal Merican Naina Merican berkata bantuan tersebut akan diberikan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini menyatakan bahawa pihak kerajaan akan menyediakan kediaman bagi golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 pada kadar sewa paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau akan mengumumkan maklumat lanjut tentang inisiatif bantuan kediaman ini pada Isnin depan (6 September).

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail)

Menurutnya, pandemik Covid-19 ini telah memberi impak besar pada sudut ekonomi rakyat hingga ada yang hilang pekerjaan, tidak mampu menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa kediaman.

Bukan sahaja kehilangan kerja malah hilang kediaman apabila tidak mampu bayar sewa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melalui Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata KPKT akan meneruskan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK 2.0) dengan memfokuskan kepada penghuni PPR dan peniaga kecil di enam negeri yang kadar vaksinasinya rendah iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

Saya telah meminta pegawai saya menyediakan data mengenai golongan sasar yang masih belum mendapat vaksinasi iaitu mereka yang tinggal di 140 PPR seluruh negara dan peniaga kecil.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melalui Sinar Harian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah membekalkan 80,000 dos suntikan vaksin untuk program MOVAK dengan seramai 33,000 golongan sasar di seluruh negara telah menerima suntikan pelalian tersebut setakat ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 − four =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd