Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik Dengan Paparan Status Vaksinasi & Risiko – KJ
KJ menjelaskan pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi MySejahtera tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tak dinafikan, memang leceh sebenarnya bila nak masuk kedai atau premis – perlu buka profile, tunjuk status MySejahtera, tunjuk status vaksinasi dan sebagainya.
Depan kedai sahaja dah buang masa yang lama.
Oleh disebabkan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin malam tadi telah memuat naik satu tweet memberitahu bahawa aplikasi MySejahtera akan dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.
Paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.
The @my_sejahtera team will push a new build tonight making it easier for people to display their risk level and vaccination status – this will ease living with Covid, together.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 2, 2021
Will further update and improve the app over the coming weeks. pic.twitter.com/HlClvaA6dQ
Selain itu, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha mengenalpasti kontak rapat.
Pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi.
A check-out button has also been added in the latest update of MySejahtera. This is to improve contact tracing. After leaving a place, please remember to check-out.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 2, 2021
You only need to press a button – no scan needed.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.