Now Reading
Kuasa Wajibkan Vaksin Pekerja Di Tangan Majikan

Kuasa Wajibkan Vaksin Pekerja Di Tangan Majikan

Tindakan tersebut boleh diambil di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut laporan Berita Harian hari ini, kuasa mewajibkan vaksin bagi pekerja sektor swasta berada di tangan majikan.

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Umar Abdul Razak berkata berdasarkan Seksyen 15 dan 16 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (AKKP) majikan mempunyai kuasa untuk membuat dasar keselamatan dan kesihatan bagi memastikan keselamatan di tempat kerja.

Menurut Muhammad Umar, mewajibkan vaksinasi pekerja adalah salah satu kaedah bagi memastikan keselamatan di tempat kerja dan mengelakkan tercetusnya kluster baharu di tempat kerja.

Berdasarkan laporan sebelum ini, tempat kerja telah menyumbang kepada majoriti kes jangkitan Covid-19 baharu.

Beliau turut menyatakan bahawa langkah itu adalah munasabah bagi melindungi pekerja di tempat kerja dan seterusnya, komuniti.

Namun, majikan perlu mengambil kira hak pekerja yang tidak boleh divaksin atas sebab-sebab kesihatan. Majikan juga boleh meminta pekerja menandatangani kontrak baharu yang mengandungi peruntukan mewajibkan vaksin ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Umar Abdul Razak
Credit: mediaMB Terengganu via KKM

Beliau mengulas bahawa kontrak tersebut tidak dapat dicabar di mahkamah, kerana ia merupakan persetujuan peribadi antara dua pihak.

Menurut beliau juga, akta tersebut juga memperuntukkan kuasa seorang pegawai keselamatan dan kesihatan yang dilantik untuk memastikan tempat kerja adalah selamat.

Kerajaan juga dikatakan boleh meminda akta tersebut kerana berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ia mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang bersifat diskriminatif atas alasan keselamatan dan kesihatan awam di bawah Perkara 9(3) Perlembagaan.

Pindaan seperti itu memerlukan undian majoriti ahli Dewan Rakyat untuk diluluskan.

Fahmi Abdul Moin pula berkata bahawa setakat ini, masih tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana individu mengambil vaksin.

Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998) tidak meletakkan kesalahan kepada orang yang enggan menerima vaksin COVID- 19 dan tidak termaktub kepada satu kesalahan jenayah. Penerimaan vaksin mestilah secara sukarela dan tiada unsur paksaan.

Peguam Fahmi Abdul Moin
Kredit: Malay Mail

Fahmi menyatakan yang majikan harus mengambil tindakan tegas sekiranya ada pekerja yang menolak vaksin dan membawa risiko mendedahkan pekerja lain kepada wabak Covid.

Beliau mengulas bahawa pihak majikan boleh memberikan surat tunjuk, dan jika masih enggan akur, tindakan buang kerja boleh dilakukan, tetapi mesti mengikut undang-undang Jabatan Sumber Manusia atau undang-undang buruh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd