Now Reading
Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Bermula 6 September Ini – PM

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Bermula 6 September Ini – PM

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bantuan Khas Covid-19 (BKC) membabitkan peruntukan RM4.6 bilion yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pasti memberi kelegaan kepada isi rumah yang terkesan dengan wabak berkenaan dan sekatan pergerakan.

Menurut laporan, Bantuan Khas Covid-19 adalah antara tiga bantuan tunai langsung berjumlah RM10 bilion yang diumumkan kerajaan.

Manakala dua lagi adalah Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM4.9 bilion dan Bantuan Kehilangan Pendapatan membabitkan peruntukan RM500 juta.

Kelewatan pembayaran

Sepatutnya, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM 500 pada bulan Ogos, RM 500 pada bulan November dan RM 300 pada bulan Disember.

Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM 200 pada bulan Ogos dan RM 300 pada bulan November.

Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 500 pada bulan Ogos dan RM 300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 200 pada bulan Ogos.

Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM 250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM 100 pada bulan Ogos.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan proses pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan bermula 6 September nanti.

Dalam sebuah kenyataan, PM berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas Covid-19 yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.

Oleh itu, saya telah mengarahkan kementerian kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd