15 Juta Populasi Dewasa Telah Lengkap Dua Dos Vaksin Covid-19. Well Done, Malaysia!
Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam adalah 34,752,340 dos.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Data setakat 31 Ogos 2021 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan seramai 15,032,301 individu (64.2%) daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 31 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/t8ygrc6nN7
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) August 31, 2021
Manakala, seramai 19,741,754 individu (84.3%) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam adalah 34,752,340 dos.
Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 31 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Fb3fIkUtAF
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) September 1, 2021
Menurut JKJAV, 60.5% daripada jumlah populasi KESELURUHAN negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Manakala, 46.0% telah melengkapkan dua dos vaksin.
Dalam perkembangan yang sama, vaksinasi harian yang diberikan semalam (31 Ogos) telah merekodkan sebanyak 261,768 dos.
115,473 daripadanya merupakan dos pertama, manakala 146,295 telah melengkapkan penerimaan dos.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.