Now Reading
PM Kontak Rapat Covid-19, Tak Dapat Hadir Upacara Angkat Sumpah Kabinet Baharu

PM Kontak Rapat Covid-19, Tak Dapat Hadir Upacara Angkat Sumpah Kabinet Baharu

Datuk Seri Ismail Sabri kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa hari ini, Isnin (30 Ogos 2021), kesemua barisan menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Shah Billah, pada jam 2.30 petang di Istana Negara.

Pelantikan menteri terbabit diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman barisan Kabinet baharu yang disiarkan secara langsung pada 27 Ogos.

BACA SINI: Ini Senarai Barisan Kabinet Baharu Perdana Menteri Ismail Sabri

PM kontak rapat, tak dapat hadir

Kredit: Malay Mail

Namun begitu, hari ini Perdana Menteri telah disahkan menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Oleh disebabkan itu, PMO berkata Perdana Menteri tidak dapat menghadiri istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia menteri dan timbalan menteri persekutuan petang ini.

Timbalan Menteri Pendidikan positif Covid-19

Kredit: Malaysia Kini / UMNO Online

Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan telah disahkan positif Covid-19 dan tidak dapat hadir di upacara angkat sumpah Kabinet hari ini di Istana Negara.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Saya berharap orang ramai akan mendoakan kesembuhan saya, InsyaAllah.

Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan kepada Bernama.

Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd