Now Reading
Lembah Klang Hampir Capai Imuniti Kelompok & Boleh Beralih Ke Fasa 2 – PM

Lembah Klang Hampir Capai Imuniti Kelompok & Boleh Beralih Ke Fasa 2 – PM

89.5% populasi dewasa di Lembah Klang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi sehingga semalam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa Lembah Klang berkemungkinan akan dapat beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

Beliau menjelaskan perkara ini adalah kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80% setakat ini.

Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaAllah. Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kredit: Malay Mail

Antara syarat untuk satu beralih ke Fasa 2 merangkumi: kes harian positif Covid-19 di bawah 4,000 kes, penggunaan katil ICU pada tahap sederhana (atau lebih rendah), dan sekurang-kurangnya 10% populasi dewasa mesti telah menerima vaksinasi lengkap.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd