Now Reading
Ini Senarai Barisan Kabinet Baharu Perdana Menteri Ismail Sabri

Ini Senarai Barisan Kabinet Baharu Perdana Menteri Ismail Sabri

Azmin Ali, Tengku Zafrul, Fadillah Yusof, Radzi Jidin, Rina Harun, Hamzah Zainuddin, antara Menteri-menteri yang kekal dalam Kementerian yang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini merupakan hari ketujuh sejak pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah berjaya menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Naib Presiden UMNO itu telah menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan kepada di Istana Negara pada 21 Ogos 2021.

BACA SINI: Debaran Menunggu Wajah Barisan Kabinet Kerajaan


Wajah Barisan Kabinet Kerajaan Baharu

Hari ini (27 Ogos) pada jam 11 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan wajah Barisan Kabinet yang bernaung di bawah kerajaan baharu.

Kabinet baru ini dijangka akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Isnin nanti (30 Ogos 2021).

Berikut merupakan nama-nama Menteri baharu dan ada juga yang masih mengekalkan jawatan di dalam Kementerian yang sama:


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(Credit: MohamedAzminAli via Facebook)

Menteri Kanan: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong.

Kementerian Pertahanan

(Credit: Hishammuddin Hussein via Facebook)

Menteri Kanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.

Kementerian Kewangan

(Credit: Wikimedia)

Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Timbalan Menteri 1: Mohd Shahar Abdullah.

Timbalan Menteri 2: Yamani Hafez Musa.

Kementerian Kerja Raya

(Credit: fadillahyusof194 via Facebook)

Menteri Kanan: Datuk Seri Fadhillah Yusof.

Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup.

Kementerian Pendidikan

(Credit: DrRadziJidin via Facebook)

Menteri Kanan: Datuk Dr. Radzi Jidin.

Timbalan Menteri 1: Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Timbalan Menteri 2: Datuk Mohamad Alamin.

Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri

(Credit: mustapamohamedjeli via Facebook)

Ekonomi: Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Eddin Syazlee Shith.

Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

(Credit: DrAbdulLatiffAhmad via Facebook)

Menteri: Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad.

Timbalan Menteri: Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid.

Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

(Credit: dswanjunaidi via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Timbalan Menteri: Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin.

Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

(Credit: Idris Ahmad via Facebook)

Menteri: Tuan Idris Ahmad.

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Timbalan Menteri: Datuk Hajah Hanifah Hajar Taib.

Kementerian Pengangkutan

(Credit: wksbmenglish via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Timbalan Menteri: YB Dato’ Henry Sum Agong

Kementerian Alam Sekitar

(Credit: ustaztitm via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Menteri: Dato’ Dr Mansor Othman

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Seri Saravanan a/l Murugan.

Timbalan Menteri: Datuk Haji Awang Hashim.

Kementerian Wilayah Persekutuan

(Credit: ybdssk via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Shahidan Kassim.

Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(Credit: ds.rinamohdharun via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Rina Harun.

Timbalan Menteri: Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff.

Kementerian Pengajian Tinggi

(Credit: Dato’ Dr. Noraini Ahmad via Facebook)

Menteri: Dato’ Dr Noraini Ahmad.

Timbalan Menteri: Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

(Credit: TakiyuddinMyLaw via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Timbalan Menteri: Datuk Ali Biju.

Kementerian Dalam Negeri

(Credit: Hamzah Zainudin via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Timbalan Menteri 1: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Timbalan Menteri 2: Jonathan Yasin.

Kementerian Kesihatan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Timbalan Menteri 1: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Timbalan Menteri 2: Datuk Aaron Ago Dagang.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

(Credit: DRonaldKiandee via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Timbalan Menteri 1: Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Timbalan Menteri 2: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

(Credit: mahdzirkhalid via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Timbalan Menteri 1: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Timbalan Menteri 2: Datuk Hasbi Habibollah.

Kementerian Luar Negeri

(Credit: saifuddin61via Facebook)

Menteri: Dato’ Saifuddin Abdullah.

Timbalan Menteri: Kamarudin Jaffar.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(Credit: alexnantalinggi via Facebook)

Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi.

Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid.

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

(Credit: AnnuarMusa via Facebook)

Menteri: Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(Credit: reezal.merican041 via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Timbalan Menteri: Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(Credit: Dr Adham Baba via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Dr Adham Baba.

Timbalan Menteri: Datuk Amzad Mohamed.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(Credit: mynohomar via Facebook)

Menteri: Tan Sri Noh Haji Omar.

Timbalan Menteri: Muslimin Yahaya.

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

(Credit: ZuraidaKamaruddinP.99 via Facebook)

Menteri: Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin.

Timbalan Menteri 1: Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Timbalan Menteri 2: Willie Mongin.

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

(Credit: hajahnancyshukri via Facebook)

Menteri: Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.

Timbalan Menteri: Datuk Seri Edmund Santhara Kumar.

Kementerian Perpaduan Negara

(Credit: Halimah Mohamed Sadique via Facebook)

Menteri: Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu.

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ti Lian Ker.


Azmin Ali, Tengku Zafrul, Fadillah Yusof, Radzi Jidin, Rina Harun, Hamzah Zainuddin, antara Menteri-menteri yang kekal dalam Kementerian yang sama.


Jumlah Kabinet yang dibentuk oleh Ismail Sabri ini seakan sama berbanding bekas PM Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebelumnya iaitu sejumlah 70 orang Menteri.

Kabinet yang ditubuhkan oleh Mahiaddin juga merupakan Kabinet terbesar pernah wujud di Malaysia dan buat pertama kalinya Timbalan Perdana Menteri tidak dilantik.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd