[Terkini] PM & Presiden Parti PH Duduk Semeja, Bincang Krisis Pandemik & Ekonomi Negara
Perjumpaan tersebut melibatkan Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Presiden AMANAH, dan juga Setiausaha Agung DAP.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Hari ini (25 Ogos), Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bersama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Dalam kenyataan tersebut, Perdana Menteri telah berjumpa pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan perbincangan bagi merealisasikan hasrat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Perjumpaan tersebut melibatkan Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, dan juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Rakyat (DAP) Lim Guan Eng di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Perjumpaan ini tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan kesihatan rakyat daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Susulan daripada perjumpaan itu, mereka bersetuju untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.
Mereka juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik dan memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.
Pertemuan selama lebih satu jam bersama YAB PM @IsmailSabri60 di Perdana Putra di mana kami bersetuju dengan beberapa isu dan perkara mendesak saat ini tanpa mengabaikan aspek kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi serta untuk meredakan suhu politik negara.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 25, 2021
Foto: PMO pic.twitter.com/9IsKNrWeij
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.