Now Reading
Selangor Sedia Beri Vaksin Dos Ketiga (Jika Perlu)

Selangor Sedia Beri Vaksin Dos Ketiga (Jika Perlu)

Program berkenaan turut memberi fokus kepada penerima vaksin bagi golongan berumur 18 tahun ke bawah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kerajaan Selangor sedang membuat persiapan bagi memberikan suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga buat penduduk di negeri ini menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata program berkenaan turut memberi fokus kepada penerima vaksin bagi golongan berumur 18 tahun ke bawah selepas ini.

Namun, ianya tertakluk kepada kelulusan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menurut laporan, setakat 22 Ogos, 224,880 dos telah disuntik melalui Komuniti SelVAX dan kini berbaki 275,120 dos lagi.

Setakat ini, Dr Siti Mariah mengatakan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sekitar RM130 juta untuk pembelian 1.25 juta dos vaksin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd