Now Reading
1,517 Pelajar Di Malaysia Kehilangan Orang Tua Akibat Covid-19

1,517 Pelajar Di Malaysia Kehilangan Orang Tua Akibat Covid-19

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa sejak kebelakangan ini, angka kes harian positif Covid-19 sudah mencecah lebih daripada 20,000. Melalui angka tersebut, jumlah kematian turut menyumbang sehingga tiga angka setiap hari.

Malah, kes kematian melebihi 300 orang juga pernah dicatatkan sebelum ini.

Kredit: Yusof Mat Isa/Malay Mail

Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan fakta menyedihkan di mana seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat Covid-19.

Pihak KPM menjelaskan bahawa angka yang direkodkan ini adalah antara Mac 2020 sehingga Ogos 2021.

Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini namun isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini tetap diambil perhatian serius. KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Harian Metro.

Perlu pembelaan sewajarnya

Kredit: Sayuti Zainudin/Malay Mail

KPM turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.

Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Harian Metro.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun sebelum ini telah memaklumkan seramai 33 kanak-kanak di seluruh negara dikenal pasti KPWKM menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Mengulas lanjut, dia memaklumkan bahawa maklumat mengenai kanak-kanak itu telah diperoleh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, kementerian turut mengambil inisiatif dengan membuka penempatan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akibat Covid-19 di tujuh institusi mengikut zon seluruh negara.

Institusi yang dimaksudkan adalah:

  • Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena.
  • Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, Melaka.
  • TSP Cheras.
  • Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka.
  • RKK Mini Kelantan.
  • TSP Kota Kinabalu.
  • TSP Kuching (sebagai penempatan kanak-kanak sama ada secara sementara atau tetap).

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd