Trafik Di Lapangan Terbang Dijangka Akan Mula Sibuk Akhir Tahun Ini
Ini adalah berdasarkan jangkaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Trafik penumpang domestik akan meningkat apabila 70% hingga 80% penduduk telah melengkapi dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Justeru, ianya juga akan memulihkan trafik penumpang di lapangan terbang Malaysia yang dijangka akan kembali meningkat akhir tahun nanti berdasarkan kelonggaran sekatan pada ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata Malaysia akan dapat mencapai sasaran imuniti kelompok pada Oktober ini berdasarkan kadar vaksinasi yang pantas dengan lebih 50% penduduk mendapat vaksin lengkap dua dos.

Kita boleh menjangkakan trafik penumpang domestik akan mendapat daya tarikan apabila 70% hingga 80% penduduk telah mendapat vaksinasi lengkap.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh melalui Berita Harian.
Tambahnya lagi, pengumuman terbaharu yang dibuat oleh kerajaan bagi membenarkan beberapa kemudahan kepada individu yang telah mendapat vaksin lengkap; termasuk gelembung perjalanan ke Langkawi adalah petunjuk awal pemulihan trafik penumpang.

Selain itu, Mohd Shukrie menjelaskan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG), Turki yang dimilikinya juga turut menunjukkan pemulihan pada separuh pertama 2021.
ISG merekodkan trafik penumpang sebanyak 53% dengan faktor muatan purata sebanyak 70% selain turut disenaraikan sebagai lapangan terbang keempat tersibuk di Eropah pada separuh pertama tahun ini oleh Airports Council International (ACI).
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.