Now Reading
Ivermectin Tak Disarankan Untuk Rawat Covid-19 & Perlu Lebih Data Bagi Pastikan Ianya Selamat

Ivermectin Tak Disarankan Untuk Rawat Covid-19 & Perlu Lebih Data Bagi Pastikan Ianya Selamat

Nota: Pusat Racun Negara telah mula menerima panggilan kes keracunan Ivermectin sejak kebelakangan ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pakar perubatan tidak menggalakkan pengambilan ubat Ivermectin kerana masih belum ada kajian yang mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya ketika ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Mahiran Mustafa berkata walaupun ianya bukan disifatkan sebagai racun.

Namun, tiada data mencukupi untuk mengesyorkan ubat berkenaan boleh digunakan bagi merawat pesakit Covid-19.

Menurutnya, Ivermectin adalah ubat antiparasit yang kebanyakannya digunakan dalam perubatan haiwan khususnya bagi merawat masalah kecacingan.

Buat masa sekarang kita masa belum boleh sahkan ia berkesan ataupun tidak kerana kita tidak ada kajian yang cukup untuk menentukan keberkesanan dan keselamatannya. Kita tak kata ianya racun tetapi kalau kita tengok kajian yang dilakukan di makmal, ianya menggunakan dos yang sangat tinggi. Hampir 50 kali ganda dos yang digunakan untuk antiparasit. Jadi, kalau kita tengok dari sudut keselamatan ia amat membimbangkan.

Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Mahiran Mustafa melalui Sinar Harian.

Lebih membimbangkan, penjualan Ivermectin kini luas di pasaran

Kredit: New Frame

Mengulas mengenai penjualan Ivermectin secara berleluasa di pasaran, Dr Mahiran menjelaskan keadaan itu cukup membimbangkan kerana ianya dijual secara haram tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ada juga individu yang menjadi mangsa. Mereka bayar, kemudian dapat ubat palsu.

Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Mahiran Mustafa melalui Sinar Harian.

Beliau turut melahirkan kebimbangan kerana terdapat pesakit yang dimasukkan ke hospital telah menerima ubat Ivermectin dan diberi sendiri oleh pengamal perubatan.

Kalau kita tengok kes-kes dari luar negara, mereka membelinya dari kedai haiwan dan kita tidak tahu berapa dos dalam satu-satu tablet terbabit. Jika digunakan untuk manusia, ia akan memberikan kesan sampingan.

Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Mahiran Mustafa melalui Sinar Harian.

Kes racun mula dilaporkan

Pusat Racun Negara telah melaporkan dua kes keracunan yang melibatkan Ivermectin, berdasarkan catatan terbaru mereka di Facebook.

Kes pertama dikenal pasti individu berusia 35 tahun yang mengambil 1 pil Ivermectin dan mengalami simptom seperti sesak nafas sehingga 5 hari selepas pengambilan.

Kes kedua pula melibatkan seorang warga emas didapati tidak sedarkan diri setelah didakwa mengambil 15 pil sekaligus.

PRN mengatakan bahawa keracunan Ivermectin boleh menyebabkan kesan buruk seperti muntah, cirit-birit, sakit perut, dan pening.

Kesan teruk lain adalah termasuk tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian.

Malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini.

Pusat Racun Negara melalui catatan Facebook.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd