Pemandu Ambulans Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ambil Bekalan Vaksin
Mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Satu kemalangan telah berlaku semalam (18 Ogos) yang melibatkan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta sebuah lori.
Menurut laporan, pemandu ambulans tersebut maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit telah melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai.
Dalam kejadian jam 11.58 pagi itu, mangsa, Shamsul Shamshuri, 49, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Jamal berkata ambulans dipercayai dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang menuju ke Hospital Permai Johor Bahru sebelum melanggar belakang sebuah lori jenis Hino.
Seramai 13 anggota dari BBP Larkin dan BBP Skudai dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan(EMRS), dua motosikal serta sebuah utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian. Semasa tiba di lokasi kejadian empat kakitangan telah tersepit termasuk pemandu Shamsul Shamsuri, 49, Rosnilam Satari, 48, Azlina Mohd. Rawi, 41, dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Jamal melalui Astro Awani.
Tambahnya lagi, tiga mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu lori berkenaan terselamat.
Malangnya, pemandu ambulans disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Korang sembang dulu layan pasal menteri. Aku tengah fikir pasal nasib rakan seperjuangan. pic.twitter.com/YP4JamtYeB
— KejoraBersatu (@ahmadaffinazari) August 18, 2021
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini.
Al-Fatihah.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.