Now Reading
114 Ahli Parlimen Dititah Ke Istana Negara Hari Ini, 19 Ogos

114 Ahli Parlimen Dititah Ke Istana Negara Hari Ini, 19 Ogos

Dalam kumpulan 25 orang, mereka dilaporkan harus sembah menghadap Agong bagi mengesahkan sokongan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


114 Ahli Parlimen yang dikatakan telah menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dititah hadir ke Istana Negara hari ini, 19 Ogos 2021.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insight, dalam kumpulan 25 orang, mereka harus sembah menghadap Agong bagi mengesahkan sokongan mereka, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pertemuan ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
(Kredit: RTM)

Memetik laporan, Ahli Parlimen yang terbabit adalah dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari Sabah dan Ahli Parlimen bebas yang menyokong pencalonan naib presiden UMNO itu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd