Now Reading
Hampir 8,000 Frontliners Di Hospital Dijangkiti Covid-19

Hampir 8,000 Frontliners Di Hospital Dijangkiti Covid-19

Daripada jumlah itu hanya 17 kes (0.22%) sahaja berada di kategori 3,4 dan 5.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setakat 13 Ogos 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan seramai 7,599 atau 3.05% petugas kesihatan telah dijangkiti Covid-19 hasil saringan berkala.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu hanya 17 kes (0.22%) sahaja berada di kategori 3,4 dan 5.

Dimaklumkan juga 2 kes kematian di kategori 5.

Menurut laporan, berdasarkan kepada graf disertakan dalam hantaran itu, seramai 5,135 (67.6%) daripada 7,599 petugas kesihatan yang sudah melengkapkan vaksinasi yang dijangkiti berada dalam kategori 2 iaitu mengalami gejala ringan.

Pada masa sama, sebanyak 32.2% daripada petugas kesihatan yang dijangkiti itu berada dalam kategori 1 membabitkan seramai 2,447 orang.

Manakala kategori 3 (mengalami radang paru-paru), kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen) dan kategori 5 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masing-masing mencatatkan seramai 10, 4 dan 3 kes.

BACA JUGA: New Norm: Kes Kian Tinggi, Ini 3 Kaedah Baca Jumlah Kes Harian Positif Covid-19

Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa pemberian vaksin berfungsi mengurangkan keparahan dan kematian akibat jangkitan kerana tiada vaksin yang berkesan 100%.

Ianya (vaksin) bukan sifarkan keparahan dan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Berita Harian.

Hari ini (17 Ogos), jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 19,631 kes (1,444,270 kes).

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor – 5,753 (524,113)
  • WP Kuala Lumpur – 1,765 (157,624)
  • Johor – 1,309 (113,664)
  • Sabah – 2,103 (108,933)
  • Sarawak – 835 (89,407)
  • Negeri Sembilan – 490 (85,702)
  • Kedah – 1,863 (72,087)
  • Pulau Pinang – 1,275 (62,837)
  • Kelantan – 1,268 (59,611)
  • Perak – 1,101 (52,621)
  • Melaka – 623 (41,270)
  • Pahang – 670 (35,090)
  • Terengganu – 498 (25,502)
  • WP Labuan – 0 (9,745)
  • WP Putrajaya – 41 (4,965)
  • Perlis – 37 (1,099)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd