Ahli Dewan Rakyat Perlu Pilih Calon PM & Serah Undi Kepada Istana Negara Esok, 18 Ogos
Surat itu harus difaks, diemail, atau salinan PDF perlu dihantar melalui Whatsapp.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Hari ini (17 Ogos), Datuk Azhar Azizan Harun mengeluarkan surat kepada setiap Ahli Parlimen untuk mencalonkan nama bagi individu yang layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9.
Notis yang ditulis oleh Speaker Dewan Rakyat itu adalah mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong yang melaksanakan Perkara 43 (2) (a) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu meminta agar seorang Ahli Parlimen, atas rahmat Yang di-Pertuan Agong, yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen itu untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dalam notis itu, Azhar meminta setiap Ahli Parlimen mengirimkan surat yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9.
Setiap surat pernyataan Ahli Parlimen mesti dihantar ke Istana Negara sebelum jam 4 petang, Rabu, 18 Ogos.
Surat itu harus difaks, diemail, atau salinan PDF perlu dihantar melalui Whatsapp.
Serahan tangan adalah tidak dibenarkan.
Setiap surat mesti mengikut panduan yang disebutkan oleh Azhar atau ianya tidak akan diambil kira.
Paling penting, setiap surat pernyataan mesti dirahsiakan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.