Now Reading
[Terkini] Mahiaddin Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

[Terkini] Mahiaddin Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

Mahiaddin turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada frontliners yang bekerja siang dan malam dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengakui bahawa beliau telah kehilangan majoriti di Parlimen dan mengundurkan diri dari jawatannya bersama dengan Kabinetnya.

Dalam pengumuman hari ini, beliau mengatakan bahawa perkara seperti ini belum pernah terjadi sebelum ini dan mengatakan bahawa beliau juga menghadapi ancaman namun beliau tetap tegas untuk tidak tunduk pada kehendak lawan politik.

Dalam ucapan itu, beliau juga mengatakan bahawa 87 juta dos vaksin telah dibeli untuk rakyat Malaysia dan ianya adalah lebih daripada cukup untuk melindungi rakyat menjelang bulan Oktober.

Untuk vaksin pula, tidak perlu risau kerana Kabinet saya telah menempah dos vaksin cukup untuk semua rakyat Malaysia. Kadar vaksinasi kita antara yang tertinggi dan pantas di dunia. Saya yakin kita dapat keluar daripada kemelut pandemik ini secepat mungkin.

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin

Mahiaddin yakin bahawa Malaysia akan pulih dari wabak ini dengan mengatakan bahawa pesakit kategori 4 dan 5 telah menurun di hospital di sekitar Lembah Klang.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dengan mengatakan bahawa mereka telah memberikan segalanya untuk memerangi wabak ini.

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan dan kelemahan saya dalam memerintah. Saya dah ahli jemaah menteri yang lagi sudah buat yang terbaik untuk hadapi krisis yang kita hadapi ketika ini. Saya berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya negara dapat berjalan seperti biasa.

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd