Now Reading
[Terkini] KJ Sahkan Kabinet PN Telah Letak Jawatan

[Terkini] KJ Sahkan Kabinet PN Telah Letak Jawatan

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah memaklumkan perkara itu melalui Instagram miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kabinet Pakatan Nasional (PN) telah menyerahkan peletakan jawatan mereka, menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau mengesahkan berita tersebut di laman Instagram miliknya yang mengatakan bahawa mereka telah menyerakan surat letak jawatan kepada Yang-di Pertuan Agong.

Kabinet telah menyerahkan peletakan jawatan kami kepada Agong. Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berbakti kepada negara. Semoga Tuhan memberkati Malaysia.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin melalui Instagram.

Khabar angin telah tersebar mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, untuk menghadap Agong hari ini selepas mesyuarat khas Kabinet.

BACA SINI: PM Jumpa Agong Selepas Mesyuarat Khas Kabinet, Kemungkinan Untuk Letak Jawatan


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd