Now Reading
Agong Terima Peletakan Jawatan & Minta Mahiaddin Jadi Caretaker PM Buat Masa Ini

Agong Terima Peletakan Jawatan & Minta Mahiaddin Jadi Caretaker PM Buat Masa Ini

Agong turut menzahirkan penghargaan kepada Mahiaddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebuah kenyataan media oleh Istana Negara telah dikeluarkan hari ini (16 Ogos) di mana KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa hari ini.

BACA JUGA: [Terkini] KJ Sahkan Kabinet PN Telah Letak Jawatan

Susulan daripada peletakan jawatan ini, Agong telah berkenan supaya Mahiaddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Ini adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Agong hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang hemat Bagian mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaat Menteri.

Agong turut menzahirkan penghargaan kepada Mahiaddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

Menurut Agong, baginda memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahiaddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.

Pilihan Raya bukan pilihan terbaik

Agong juga menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilhan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat buat masa ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik Covid-19.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah melalui kenyataan media oleh Istana Negara, 16 Ogos 2021.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd