Now Reading
[Terkini] PICK Akan Mula Beri Vaksin Kepada Kanak-kanak Berumur 12 Hingga 17 Tahun – KJ

[Terkini] PICK Akan Mula Beri Vaksin Kepada Kanak-kanak Berumur 12 Hingga 17 Tahun – KJ

Peratusan kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 12 Ogos berada pada kadar 42% (9,843,521 individu).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa PICK akan mula memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.

Namun, keadaan seperti berikut akan diberikan keutamaan:

  • Kanak-kanak berusia 12 hingga 17 dengan isu kesihatan.
  • Kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tanpa masalah perubatan berdasarkan peningkatan usia.

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi bakal dibuat oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) seawal minggu hadapan mengikut garis panduan klinikal terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk pengetahuan umum, peratusan kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 12 Ogos berada pada kadar 42% (9,843,521 individu), menurut JKJAV.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd