Now Reading
Pesakit Kanser Tahap Dua Nekad Ambil Suntikan Vaksin Covid-19

Pesakit Kanser Tahap Dua Nekad Ambil Suntikan Vaksin Covid-19

Dia yang kini sedang menjalani proses kimoterapi bagi penyakit kansernya telah merujuk kepada pihak doktor untuk mendapatkan penjelasan berkenaan risiko pengambilan vaksin bagi pesakit kronik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia berada dalam bahaya.

Ini kerana wujudnya varian-varian pembunuh seperti varian Delta dan Delta Plus seperti yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi yang masih belum tahu, Varian Delta adalah yang paling cepat merebak dan turut mengakibatkan lonjakan kes baharu Covid-19 di serata dunia.

Varian ini juga yang dianggap ‘ancaman terbesar’ dilapor telah menular di hampir 100 negara sekali gus menjadi varian Covid-19 dominan ketika ini terutama di negara seperti UK, Portugal, Afrika Selatan, dan Rusia.

Tambahan pula, rakyat Malaysia perlu turut mengambil tahu tentang kemunculan varian baharu iaitu Lambda yang telah ditemui di Peru pada bulan Ogos 2020 dan telah mulai merebak di Amerika Selatan.

(Kredit: Malay Mail)

Sebab itulah pentingnya pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Pesakit kanser nekad ambil vaksin

Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Ibrahim Osman, 70
(Kredit: Astro Awani)

Memetik laporan Astro Awani, lelaki warga emas ini yang dikenali sebagai Mohd Ibrahim Osman, 70, dengan sukarela ingin menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ibrahim yang juga menghidap penyakit kanser hati tahap dua nekad untuk melengkapkan dirinya dengan suntikan imunisasi tersebut bagi perlindungan dirinya.

Malah, dia yang kini sedang menjalani proses kimoterapi bagi penyakit kansernya dan telah merujuk kepada pihak doktor untuk mendapatkan penjelasan berkenaan risiko pengambilan vaksin bagi pesakit kronik.

Warga emas ini juga telah berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd