Now Reading
Hampir 90% Daerah Di Malaysia Berada Dalam Zon Merah

Hampir 90% Daerah Di Malaysia Berada Dalam Zon Merah

Ia bersamaan 86.7% atau 138 daripada 159 daerah di seluruh negara menjadi zon merah, dengan sejumlah 249,856 kes Covid-19 direkodkan antara 28 Julai hingga 10 Ogos 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pandemik Covid-19 di Malaysia setakat ini tidak dinafikan berada pada tahap yang amat membimbangkan apabila hampir seluruh negara kini bertukar menjadi zon merah setakat semalam (10 Ogos).

Hari ini, 11 Ogos, negara mencatatkan kes harian kedua tertinggi pernah direkodkan iaitu 20,780 kes positif.

Sebelum ini iaitu pada 6 Ogos, kes tertinggi tercatat adalah 20,889 kes positif.

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor – 6,921 (485,014)
  • WP Kuala Lumpur – 2,065 (146,410)
  • Johor – 1,693 (104,721)
  • Sabah – 1,514 (97,979)
  • Sarawak – 634 (83,387)
  • Negeri Sembilan – 1,015 (81,571)
  • Kedah – 1,534 (61,290)
  • Pulau Pinang – 1,385 (55,404)
  • Kelantan – 1,284 (52,661)
  • Perak – 828 (46,640)
  • Melaka – 636 (37,158)
  • Pahang – 585 (30,853)
  • Terengganu – 613 (22,188)
  • WP Labuan – 3 (9,723)
  • WP Putrajaya – 41 (4,661)
  • Perlis – 29 (887)

Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

BACA JUGA: New Norm: Kes Kian Tinggi, Ini 3 Kaedah Baca Jumlah Kes Harian Positif Covid-19

Zon Merah

Data pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 di seluruh negara merekodkan seluruh Semenanjung, Sabah, Labuan dan separuh daerah di Sarawak bertukar menjadi zon merah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, ia bersamaan 86.7% atau 138 daripada 159 daerah di seluruh negara menjadi zon merah, dengan sejumlah 249,856 kes Covid-19 direkodkan antara 28 Julai hingga 10 Ogos 2021.

Jumlah kes yang direkodkan itu menyaksikan peningkatan lebih 30% berbanding tempoh 14 hari sebelumnya yang merekodkan 191,425 kes antara 16 Julai hingga 29 Julai lalu.

Bagi tempoh 28 Julai hingga 10 Ogos, Selangor merekodkan 96,886 kes.

Ia disusuli dengan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 31,302 kes, Kedah (18,189), Johor (16,063), Sabah (15,084), Negeri Sembilan (12,545), Pulau Pinang (10,726) dan Kelantan (10,195).

Manakala Labuan (98) dan Perlis (136) mencatat jumlah kes paling sedikit dalam tempoh berkenaan.

Daerah di Selangor catat kes lima angka

Dalam tempoh sama, empat daerah di Selangor mencatat jumlah kes baharu mencecah lima angka dengan Klang mencatat kes tertinggi iaitu 25,406, Petaling (23,511), Hulu Langat (21,268) dan Gombak (10,254).

Hanya 21 daerah di Sarawak yang masih belum bertukar kepada zon merah dengan empat zon jingga, 12 zon kuning, serta lima zon hijau.

Untuk pengetahuan umum, sesuatu daerah akan dikategorikan sebagai zon merah apabila mencatat 41 kes ke atas, zon jingga (21 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 20 kes) dan zon hijau bagi daerah bebas kes Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd