[Terkini] “Saya Akan Menentukan Keabsahan Saya Sebagai Perdana Menteri Dalam Parlimen” kata Mahiaddin
Perdana Menteri dimaklumkan oleh Agong bahawa 8 ahli parlimen UMNO telah menarik sokongan terhadapnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin tiba di Istana Negara, pagi tadi kira-kira jam 7:50 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seperti biasa, Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari Rabu bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

(Kredit: Harian Metro)
Menurut laporan, difahamkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara termasuk Mahiaddin selaku Presiden Bersatu secara berasingan bermula hari ini (4 Ogos).
[Pengumuman Khas]
Mahiaddin bakal tentukan keabsahan sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada September nanti.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah membuat satu pengumuman khas jam 12.30 tengah hari tadi setelah selesai menghadap Agong.
Berdiri bersama di belakang Perdana Menteri ketika pengumuman itu adalah:
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri (UMNO)
- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA)
- Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan (MIC)
- Menteri Kanan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS)
- Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Maximus Ongkili (PBS Sabah)
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali (Bersatu)
- Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin (Bersatu)
- Ketua Setiausaha Tan Sri Dato ’Seri Mohammad Zuki bin Ali
Dalam pengumuman pendek tersebut, Mahiaddin memaklumkan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Parlimen Dewan Rakyat.
Akan tetapi, undi percaya yang akan diadakan di Parlimen ketika dibuka semula untuk membuktikan dirinya masih memiliki majoriti di Dewan Rakyat.
Beliau turut menjelaskan bahawa Agong memberitahunya bahawa 8 Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan mereka.
Namun, beliau juga mengatakan bahawa beliau turut menerima surat sokongan dari Ahli Parlimen lain yang membolehkannya terus memegang jawatannya.
Dalam pengumuman itu, beliau menjelaskan ada beberapa pihak yang tidak senang dengan ketegasan dirinya dalam hal-hal tertentu seperti tidak campur tangan dalam perkara mahkamah untuk membebaskan individu tertentu dari tuduhan jenayah.
Walau bagaimanapun, beliau turut memaklumkan bahawa Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.
BACA JUGA: Senarai Nama Ahli Parlimen UMNO Yang Menarik Balik Sokongan Terhadap Kerajaan PN



BERITA LANJUT BAKAL MENYUSUL
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.