Now Reading
Senarai Nama Ahli Parlimen UMNO Yang Menarik Balik Sokongan Terhadap Kerajaan PN

Senarai Nama Ahli Parlimen UMNO Yang Menarik Balik Sokongan Terhadap Kerajaan PN

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid akan mempersembahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada Muhyiddin dan Kerajaan PN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa semalam, Selasa (3 Ogos) telah berlangsungnya Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di mana mereka sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Menurut laporan, beliau turut menambah bahawa kenyataan terbaru Perdana Menteri tidak menjernihkan masalah, bahkan menyerlahkan kekhilafan kerajaan yang jelas menyanggah titah Seri Paduka dan mempersendakan baginda yang sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahas serta diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi, bukan September 2021, sejajar Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

BACA JUGA: [Terkini] Agong Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Tanpa Diperkenan

Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda, MKT sebulat suara bersepakat menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berikut merupakan surat akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

11 nama Ahli Parlimen UMNO yang tidak sokong Perikatan Nasional

Diketuai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk, diikuti dengan:

  1. Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan)
  2. Datuk Seri Azalina Said Othman (Pengerang)
  3. Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  4. Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling)
  5. Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang)
  6. Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
  7. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
  8. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  9. Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)
  10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)

Menurut laporan The Malaysian Insight, kerajaan tanpa sokongan UMNO berisiko untuk tumbang atau tidak stabil kerana parti Melayu itu mempunyai blok yang besar di Parlimen dan boleh menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan, kata penganalisis politik.

UMNO dalam gabungan tidak mungkin mahu berada di kerusi belakang yang mana ia tidak mampu membuat keputusan, sama seperti dalam kerajaan Perikatan Nasional.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd