[Terkini] Agong Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Tanpa Diperkenan
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kuasa untuk melaksanakan atau membatalkan Ordinan Darurat terletak pada Agong.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa kerana Ordinan Darurat telah ditarik balik tanpa diperkenan.
Dalam satu kenyataan, Pengawal Rumah Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin mengatakan bahawa Perkara 150 (2B), dibaca bersama dengan Perkara 150 (3), Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kuasa untuk menggubal dan memansuhkan Ordinan Darurat terletak pada Agong.


Agong juga menyatakan rasa kesalnya kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun tidak membuat perbincangan dan membahaskan pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen.
Seri Paduka Baginda mengatakan bahawa beliau telah menitahkan kepada mereka untuk melakukannya ketika berhubung dengan mereka melalui dalam talian pada 24 Julai 2021.
Oleh itu, Agong mengatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Takiyuddin di Parlimen pada hari Isnin adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli Parlimen.
Agong turut mengatakan tindakan tergesa-gesa, dan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan di Parlimen tidak hanya gagal menghormati prinsip undang-undang tetapi juga mengabaikan fungsi dan kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Ketua Negara.
Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Istana Negara, kekacauan telah meletus di Parlimen dengan ahli parlimen pembangkang menyuarakan bahawa kerajaan telah melakukan pengkhianatan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.