Olimpik Tokyo 2020: Terjun 10m Platform Seirama Wanita, Tiada Medal Kali Ini
Pandelela dan Cheong Jun Hoong membawa pulang pingat perak dalam acara yang sama semasa Olimpik Rio 2016.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Dalam acara Olimpik Tokyo 2020, Terjun Platform 10m Seirama Wanita, atlet Malaysia Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee berjaya meraih 277.98 mata.

Namun begitu, walaupun bermula dengan baik dalam dua terjunan awal, tiada rezeki buat Pandelela dan Mun Yee untuk menyumbang pingat pertama negara pada kali ini.
Apa pun, syabas buat kedua-dua atlet Malaysia ini kerana berjaya membawa Malaysia sehingga ke peringkat ini!
Reaksi Pandalela dan Mun Yee
“Kami sudah cuba yang terbaik”
Berikut merupakan reaksi dua atlet ini selepas tidak berjaya meraih kemenangan dalam acara terjun kali ini. Kedua-dua mereka turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menonton.
"No regrets" – Leong Mun Yee#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/Qj1FjcETHo
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 27, 2021
Pencapaian lepas

Melihat kepada pengalaman dan pencapaian lepas yang dimiliki Pandelela dan Mun Yee, mereka berpeluang untuk sekurang-kurangnya meraih pingat dan pastinya yang diinginkan adalah pingat emas.
Pandelela pernah meraih beberapa kejayaan besar termasuk pingat gangsa di Olimpik London 2012, perak di Olimpik Rio 2016, emas di Piala Dunia Tokyo dan dua emas dua perak di Sukan Komanwel.
Manakala Mun Yee pula pernah satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Dunia, satu perak dan dua gangsa di temasya Komanwel, dua perak dan lima gangsa di Sukan Asia selain 17 emas di Sukan SEA sepanjang kariernya.
Mun Yee juga dilihat memiliki motivasi tambahan kerana sudah pasti mahu penampilan terakhirnya di pentas Olimpik ditutup dengan pencapaian yang paling membanggakan.
Kejohanan sukan paling berprestij di dunia kini kembali bagi edisi ke-32.
Acara yang dilangsungkan empat tahun sekali ini telah dianjurkan di Tokyo, Jepun pada tahun 2020. Namun disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah membuatkan kejohanan ini ditangguhkan ke tahun ini, 2021.

SUKAN Olimpik Tokyo 2020 akhirnya menyingkap tirai pada 27 Julai 2021 dalam stadium berkapasiti 68,000 tempat duduk yang hampir kosong selepas ditangguhkan setahun.
27 Julai: Sukan Terjun
Berikut merupakan senarai atlet Malaysia bagi acara terjun:
- Nur Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee: 3m Papan Anjal Individu Wanita
- Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong: 10m Platform Individu Wanita
- Pandelela Rinong & Leong Mun Yee: 10m Platform Seirama Wanita
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.