Now Reading
Labuan Jadi Wilayah Persekutuan Pertama Capai Imuniti Kelompok Bendung Covid-19

Labuan Jadi Wilayah Persekutuan Pertama Capai Imuniti Kelompok Bendung Covid-19

Setakat semalam (26 Julai), Labuan merekodkan jumlah kumulatif 9,607 kes dan 146 kematian akibat Covid-19. Lapan kes dicatat semalam namun tiada kematian dilaporkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Labuan hari ini telah selesai memberikan vaksinasi penuh kepada 80% populasi dewasa – menjadikan pulau bebas cukai itu sebagai Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan Covid-19.

BACA JUGA: Keputusan Suntikan Vaksin Ketiga Akan Diumumkan Tak Lama Lagi – KJ

Kredit: Reuters

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Labuan telah memberi suntikan vaksin kepada 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa.

Pengerusi CITF Labuan Rithuan Ismail berkata sebanyak 54,800 (80%) daripada jumlah populasi yang layak telah menerima dua dos vaksin.

Pencapaian itu adalah kejayaan penduduk di pulau ini yang peka terhadap kepentingan vaksinasi Covid-19, serta kerja berpasukan daripada pasukan petugas khas dan masyarakat sebagai sukarelawan yang dinamakan Privo Team (Prihatin Volunteers). Jumlah penduduk yang divaksin pada Jun kurang daripada 14,000 tetapi meningkat dengan drastik kepada 40,800 dalam masa 37 hari dan (terus meningkat) hari ini.

Pengerusi CITF Labuan Rithuan Ismail melalui Astro Awani.

Program vaksinasi berjalan lancar walaupun jumlah kes meningkat

Program vaksinasi di Labuan berjalan lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kes dan kemunculan Varian Delta.

BACA JUGA: Beware! Ini Simptom Varian Delta Yang Perlu Diketahui

Setakat semalam (26 Julai), Labuan merekodkan jumlah kumulatif 9,607 kes dan 146 kematian akibat Covid-19. Lapan kes dicatat semalam namun tiada kematian dilaporkan.

CITF Labuan merekodkan 95.7% atau 65,521 daripada 68,500 populasi dewasa menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam.

Bagi mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok, CITF dan JPBN Labuan (diketuai oleh personel Jabatan Kesihatan Labuan) telah memperluaskan program itu dengan menjalankan vaksinasi dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang terlantar sakit.

Kami juga melaksanakan vaksinasi pandu lalu dan ‘walk-in’ yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Penduduk, menyaksikan ramai penduduk dari 27 kampung datang ke PPV, dan menambah Labuan mempunyai sembilan PPV termasuk satu di terminal feri antarabangsa untuk pekerja dalam sektor perkapalan, serta minyak dan gas.

Jabatan Kesihatan Labuan melalui Astro Awani.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata penduduk Labuan harus bersedia untuk hidup dengan Covid-19 dan yang paling penting mereka perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd