Now Reading
Hishammuddin Mulai Ambil Alih Tugas Ismail Sabri Umum Kemas Kini Covid-19

Hishammuddin Mulai Ambil Alih Tugas Ismail Sabri Umum Kemas Kini Covid-19

Ismail Sabri baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Kanan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mulai hari ini (27 Julai), Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein akan menjadi wajah baru dalam menyampaikan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) setiap hari, menggantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pengumuman kenyataan media hariannya sepanjang beliau mengendalikan pengumuman itu sejak 20 Mac tahun lalu.

Kredit: Bernama

Sekalung penghargaan kepada semua yang terbabit sepanjang penglibatan saya, bermula daripada anggota pentadbiran, kementerian-kementerian terlibat, agensi, frontliners serta rakyat Malaysia yang mahukan negara bebas dari Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Astro Awani.

Beliau menjelaskan bahawa sepanjang melaksanakan tanggungjawab itu setiap hari, beliau menerima dan mengumumkan laporan berkenaan pematuhan SOP, kawalan sempadan negara dan lain-lain perkara daripada semua agensi terlibat.

Ianya bagi memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berkenaan situasi semasa keselamatan dalam tempoh PKP dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA JUGA: Hishammuddin: Who Is This Man Who Has To Keep Denying He’s The Next PM?

Pada 7 Julai lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya mengumumkan pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan yang mengetuai Kluster Keselamatan dan mengekalkan portfolio beliau sebagai Menteri Luar.

Kenyataan yang sama turut mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 + 19 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd