Malaysia Berdepan Cuaca Panas & Kering Hingga September
Tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat hari ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Hari-hari panas terik dan kering dijangka berterusan sehingga September sebagai sebahagian daripada perubahan musim tengkujuh, menurut FMT.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.
Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba.
Menurut kenyataan MetMalaysia menerusi e-emel kepada Astro Awani.

(Kredit: Envato)
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, MetMalaysia memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35°C selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40°C.
40.1°C adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino terkuat melanda negara pada 1998.
Selain itu, dari segi perubahan cuaca mereka menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi pada pertengahan September disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak.
Dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca; Madden-Julian Oscillation (MJO) & El Nino
Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Fredolin Tangang berkata gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.
Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari. Semasa Monsun Barat Daya, ianya boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40°C bergantung kepada kawasan.
Menurut kenyataan Prof Fredolin Tangang menerusi e-emel kepada Astro Awani.
Ini adalah kejadian biasa disebabkan oleh pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkat membawa ketidakstabilan kelembapan cuaca ke Malaysia.
Jadi untuk anda semua, elakkan berada di bawah matahari panas terik dan sentiasa kekal hidrat sepanjang masa!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.