Now Reading
Pesakit Bukan Covid-19 Akan Dipindahkan Ke Hospital Swasta Secepat Mungkin

Pesakit Bukan Covid-19 Akan Dipindahkan Ke Hospital Swasta Secepat Mungkin

Hospital swasta juga tidak dibenarkan memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa persetujuan kementerian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pesakit di hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang yang bukan pesakit Covid-19 akan segera dipindahkan ke hospital swasta seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada lebih ramai pesakit Covid-19 untuk dirawat.

Menurut surat yang ditujukan kepada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr. Kuljit Singh – arahan kerajaan itu berkuat kuasa semalam, 20 Julai 2021.

Pemindahan pesakit mesti dilakukan segera dari tarikh surat ini (20 Julai) sementara surat penerimaan disiapkan.

Surat dari Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah melalui MalaysiaKini.

Manakala kos rawatan untuk pesakit yang dipindahkan ke hospital swasta akan ditanggung oleh pihak kerajaan di atas limit tertentu, menurut surat itu.

“Semua pesakit yang dipindahkan mesti mendapat rawatan sewajarnya dengan kos seperti yang dinyatakan dalam garis panduan.

“Bagaimanapun, adalah tanggungjawab sektor swasta untuk menyelesaikan rawatan.

“Sebarang kos yang melebihi kos maksima yang ditetapkan akan diganti setelah ditinjau oleh Kementerian Kesihatan,” kata Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Kos maksima bagi setiap pesakit pesakit bukan Covid ke hospital swasta adalah:

  • Bayaran katil: Paling rendah yang tersedia di wad
  • Kos pembedahan: RM45,000
  • Kos bukan pembedahan: RM25,000
  • Kos susulan: RM5,000

Garis panduan itu juga menyatakan bahawa hospital swasta mesti memberitahu kementerian jika lebih daripada tiga tindakan susulan diperlukan setelah pesakit keluar dari hospital.

Ini tidak termasuk radioterapi.

Hospital swasta juga tidak dibenarkan memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa persetujuan kementerian.

Ketika dihubungi MalaysiaKini, Dr Kuljit mengatakan bahawa anggota APHM akan mengikut arahan pihak kerajaan.

“Kami dengan senang hati membantu dan pada masa ini banyak pesakit telah diterima sejak semalam. Prosesnya sangat lancar.

“Tujuan kami adalah untuk membantu kerajaan bagi mewujudkan lebih banyak ruang untuk pesakit Covid-19 demi kemudahan mereka,” katanya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd