Now Reading
Vaksinasi Di Malaysia Kekal Lebih 400,000 Suntikan Tiga Hari Berturut-turut

Vaksinasi Di Malaysia Kekal Lebih 400,000 Suntikan Tiga Hari Berturut-turut

Ia melonjakkan jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan kepada 12,647,558 dos sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu hingga 14 Julai 2021.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.


Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatat kadar pemberian vaksin tertinggi untuk tiga hari berturut-turut apabila merekodkan 434,828 dos semalam (14 Julai).

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia melonjakkan jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan kepada 12,647,558 dos sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu hingga 14 Julai 2021.

Jumlah itu turut menyaksikan lebih empat juta individu atau 12.3% daripada keseluruhan lebih 32 juta rakyat Malaysia sudah mendapat dua dos vaksin.

Kadar pemberian vaksin mula melepasi kadar 400,000 dos sehari pada 12 Julai 2021

Kredit: Fadil Fauzi/Unsplash

Kadar pemberian vaksin harian Malaysia pertama kali melepasi kadar 400,000 dos sehari pada Isnin lalu (12 Julai) dengan 421,479 dos.

Lalu meningkat pada Selasa (13 Julai) dengan 424,541 dos.

Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham, penduduk Sarawak mendapat dos pertama tertinggi dengan 1.46 juta individu atau 51.8% populasi negeri itu.

Ia disusuli dengan negeri-negeri lain seperti:

  • Labuan (40,233/40.4%)
  • Lembah Klang (3.34 juta/39.6%)
  • Perlis (83,000/32.6%)
  • Negeri Sembilan (359,662/31.9%)
  • Pulau Pinang (436,417/24.6%)

Labuan mendahului pemberian dos kedua apabila 35,586 atau 35.7% populasi wilayah itu sudah mendapat suntikan lengkap vaksin selaras dengan usaha kerajaan memberi keutamaan kepada Labuan yang diancam Varian Delta.

BACA JUGA: Setakat 13 Julai, 76 Kes Varian Baharu Telah Dikenalpasti – KKM

Ia disusuli dengan negeri-negeri lain seperti:

  • Sarawak (714,451/25.4%)
  • Perlis (60,077/23.6%)
  • Negeri Sembilan (148,823/13.2%)
  • Lembah Klang (1.03 juta/12.3%)
  • Perak (287,788/11.5%)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd