Kes Harian Positif Covid-19 Di Malaysia Cecah 13,215 Kes
Paling tinggi pernah direkodkan adalah hari ini, 15 Julai 2021.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan kenyataan di mana kes harian positif Covid-19 di Malaysia telah melonjak kepada 13,215 kes hari ini (15 Julai).
Menurut KKM, salah satu faktor peningkatan kes baharu ialah penularan Varian Delta.
Untuk pengetahuan anda, Varian Delta adalah yang paling cepat merebak dan turut mengakibatkan lonjakan kes baharu Covid-19 di serata dunia. Varian itu yang dianggap ‘ancaman terbesar’ dilapor telah menular di hampir 100 negara sekali gus menjadi varian Covid-19 dominan ketika ini terutama di negara seperti UK, Portugal, Afrika Selatan, dan Rusia.
BACA SINI: Setakat 13 Julai, 76 Kes Varian Baharu Telah Dikenalpasti – KKM
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan 6,120 kes, manakala Negeri Sembilan 1,603, dan WP Kuala Lumpur 1,499.
- Kedah: 695
- Perlis: 3
- Pulau Pinang: 509
- Perak: 344
- Putrajaya: 53
- Melaka: 484
- Johor: 599
- Kelantan: 255
- Terengganu: 70
- Pahang: 222
- Labuan: 26
- Sabah: 370
- Sarawak: 363
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.