Petugas Didapati Positif Covid-19, PPV IDCC Shah Alam Ditutup Hari Ini
Tarikh baru bagi individu yang mempunyai janji temu di IDCC hari ini telah diberikan dan mereka hanya perlu menyemak MySejahtera atau SMS yang dihantar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Lewat malam semalam, kira-kira jam 12:22 am, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 melalui laman Twitter telah mengumumkan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari iaitu hari ni (13 Julai 2021) susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.
Menurut JKJAV, penutupan PPV ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.
Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang telah hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu juga disarankan untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala; supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.
Katanya lagi, tarikh baru bagi individu yang mempunyai janji temu di IDCC hari ini telah diberikan dan mereka hanya perlu menyemak MySejahtera atau SMS yang dihantar.
Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian; 03-88934303.
PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut. pic.twitter.com/Olqtnb1od8
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) July 12, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.