Bilangan Had Jemaah Solat Termasuk Sunat Aidiladha Di Masjid & Surau Di WP Kuala Lumpur
Ketetapan baharu ini bakal berkuat kuasa pada esok (9 Julai 2021) di masjid dan surau Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Hari ini (8 Julai), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan kenyataan mengenai ketetapan terkini bagi had jemaah Solat Jumaat, Solat Fardhu, dan Solat Sunat Aidiladha di masjid dan surau Wilayah Persekutuan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Berfasa (PPN).
Ketetapan baharu ini bakal berkuat kuasa pada esok (9 Julai 2021) di masjid dan surau Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
Bagi kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidiladha
- Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang.
- Bilangan jemaah di 8 buah Masjid Pusat Zon dibenarkan seramai 100 orang.
- Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang.
- Bilangan jemaah di Surau diberi kebenaran khas untuk Jumaat dibenarkan seramai 40 orang.
- Bilangan jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang.
Solat Fardhu
- Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 100 orang.
- Bilangan jemaah di 8 buah Masjid Pusat Zon dibenarkan seramai 50 orang.
- Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 30 orang.
- Bilangan jemaah di Surau diberi kebenaran khas untuk Jumaat dibenarkan seramai 20 orang.
- Bilangan jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang.
Bagi kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Manakala, Solat Fardhu di kawasan-kawasan bawah PKPD pula hanya boleh dilaksanakan oleh tiga (3) orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat, dan surau.
Solat Jumaat pula akan digantikan dengan solat Zohor.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.