Now Reading
[TERKINI] Sektor Kritikal Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan PKPD Selangor

[TERKINI] Sektor Kritikal Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan PKPD Selangor

Syarikat yang ingin terus beroperasi mesti mematuhi had kapasiti tenaga kerja sebanyak 60%, selebihnya 40% mesti mengikuti polisi Work From Home.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan bahawa sektor Elektrik & Elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya, serta syarikat pembuatan makanan dan minuman utama kini dibenarkan beroperasi di kawasan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Selangor, bermula hari ini (7 Julai).

Ini termasuk sektor Aeroangkasa (Penyelenggaraan, Pembaikan dan baik pulih (MRO)) dan sektor Mesin dan Peralatan (M&E) untuk pengeluaran produk kesihatan dan makanan.

Oleh itu, semua sektor kritikal yang menyokong pengeluaran produk kesihatan, makanan dan minuman, serta rantaian bekalan global dibenarkan beroperasi semasa PKPD di Selangor.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Syarikat-syarikat di sektor-sektor ini dapat meneruskan operasi menggunakan surat kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ada yang bertuliskan akronim ‘PKP 3.0’ dan bertarikh Jun 2021 dan selepasnya.

Syarikat yang ingin terus beroperasi mesti mematuhi had kapasiti tenaga kerja sebanyak 60%, selebihnya 40% mesti mengikuti polisi Work From Home.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd